Home

Jumaat, Julai 5

Teman-Teman SMK Agama, Limbang

Rindu Zaman Sekolah Dulu



Rindunya CikLyia pada teman-teman semua.. Mencoret kenangan semasa sambutan Hari Guru. SMK Agama Limbang. Jasamu tetap di kenang.. Gambar atas ni kitaorang baru je lepas main kejar-kejar. Nak kenakan kawan-kawan yang lain. Habis kotor muka dengan krim kek. Wajah di atas cuma sebahagian sahaja dari ahli-ahli Pra-Universiti SMK Agama Limbang. Ingat lagi waktu ni cikgu tegur kami main mengalahkan budak-budak tadika. Sweet moment.


Disetiap potret, ada cerita tersendiri. Begitu juga dengan foto di atas ini. Rindu nak lepak borak-borak dengan kawan-kawan semua. Bila dah bukak bicara gosip segala, pasti tak ingat dunia. Pantang je ada masa lapang, bukan nak study sangat pun. Kata study group, tapi sembang je lebih. Ni still honeymoon ni. Tingkatan 6 Rendah SMK Agama Limbang.


Saat di mana kita sering bertikam lidah sebab masing-masing nak utamakan idea sendiri. Di mana saat kita mula berbincang dan membuat kerja secara berkumpulan. Walau memang CikLyia dulu suka buat kerja yang senang saja. Tapi, part buat kerja berkumpulan inilah yang CikLyia paling suka. CikLyia suka goyang kaki.. ^_^


Malam malam malam.. Prep malam diisi dengan perbagai kejadian. Kalau banyak sangat home work, pastinya class akan sunyi dan sepi sebab masing-masing busy dengan kerja yang nak buat. Tapi bila tak ada kerja nak buat, time-time cikgu datang meronda tu memang la senyum lebar je sambil buku di tangan. Lepas cikgu cabut dah tak nampak dah, apa lagi; mulalah drama Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Agama Limbang.


Satu kelas mintak izin dari cikgu bertugas hari tu nak pergi kenduri kahwin kawan. Nasib baik cikgu kasik kami keluar. Ketawa bersama, menangis bersama, nak pergi kenduri kahwin pun bersama. Ke mana saja harus ada yang bersama menemani.


Program "I'm in Control" bertempat di Purnama Hotel Limbang bersama Abang Badrulzaman. Paling CikLyia suka waktu nak nyanyi lagu Taubat Maksiat by Wali Band. Nanyi bagai apa ntah. Walau suara entah ke laut, CikLyia and rakan yang lain hentam saja. Janji enjoy.



Serapan pagi bersama. Nak-nak makan free, memang sapu habislah alamatnya. Rezeki jangan ditolak katanye. Senyum pagi lebar sangat sebab dah kenyang.


Terukir indah terpahat di hati. Entah bila lagi akan dapat kita bersua kembali. Rindu nak makan suap-suap sama kawan-kawan. Masing-masing sekarang tengah sibuk.. :(



Tabiat zaman tu sebab bebudak sekolah suka sangat ambik gambar dengan gaya mulut entah apa-apa entah.  Waktu tu inagt comel sangatlah tu.



Happy je tengok kawan naik pelamin, tengah sanding. Tapi CikLyia sure cakap mesti in they mind "Bila lagi la aku nak naik pelamin?" Sure la sangat. Gatai nak kawin dah ni..


Dah tak lama lagi nak menyambut bulan Ramadhan. Tengok foto ni, teringat kembali zaman-zaman kita yang rajin sangat nak puasa. Padahal puasa dah habis ganti. Saja katanye. Nak beribadat sambil nak turun berat badan. Sekolah atas bukit, mana nak gemuknya? Tapi memang banyak berjasalah Dewan Makan SMK Agama Limbang. Takde ni, nak kebulor kita na..


Nak menunjukkan bertapa kitaorang suka sangat nak ambik gambar sampai kat surau pun kita sempat snap snap. Nilah kawan CikLyia si kecik molek. Comel kan mereka. Bila ingat surau ni, teringin lagi nak baca Yasin ramai-ramai. Zikir sama-sama, lepas tu berqasidah sama-sama. Part nak berqasidah tu yang CikLyia suka sebab kita ada iringi gendang.


Dah nama pun perempuan. Pantang nampak cermin, memang kena smile and snap snap. Sampaikan dalam pintu lif pun nak posing.






Malas nak comment. Ni la muka mamat yang sangat suka main kamera lappy CikLyia. Sangat sangat suka. Comel tak dorang? Memang la comel sebab muka baby face lagi ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan