Home

Rabu, Januari 9

RESEPI CIKLYIA

Resepi Kek Vico


Hari ni CikLyia nak kongsi resepi Kek Vico. Dulu time still in high school, CikLyia selalu bawak kek ni. CikLyia duduk hostel time high school. Best sebab dapat kongsi makan dengan kawan-kawan. Atas permintaan seorang kawan ni, CikLyia nak kongsi la resepinya. Walaupun ramai dah yang tahu... ^.^


Bahan-nahan :

  • 400 g vico
  • 200 g oat/nestum
  • 240 g butter
  • 2 biji telur gred B
  • 1 kotak besar biskut Marie
  • 2 sudu besar susu manis

cara-cara :

  1. Satukan susu manis, telur dan butter ke dalam bekas. gaul hingga sebati. Hanya menggunakan tangan sahaja mengaulnya.
  2. Panaskan kuali dengan suhu sederhana dan masukkan gaulam tadi ke dalam kuali. Gaulkannya.. Gunakan api yang sangat rendah.
  3. Kemudian masukkan vico dan oat/nestum. Gaul hingga rata.
  4. akhir sekali masukkan biskut marie yang telah di hancurkan. Gaul hingga rata dan simpan dalam acuan.
  5. Sejukkan beberapa minit dalam peti sejuk dan hidangkan.

Selamat mencuba yee.. ^.^ Lain hari cikLyia upload picturenye.. Kalau anda yang tidak suka makan makanan yang terlalu manis, kurangkanlah sedikit susu manisnye tu. Kalau mak kurangkan Vico pun boleh. Tapi jangan banyak sangat kurangnye ye.. Nanti tak sedap pulak rasa nye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan